Thursday, December 3, 2009

Program Abang&Kakak Angkat PMIUTM 17-18 Julai2009


Tuesday, November 3, 2009

Timbalan PPD Kota Tinggi bertemu Calon SPM 2009

02 Nov 2009.  Timbalan PPD Kota Tinggi En, Samion Bin Kasim telah mengadaklan pertemuan dengan Calon-calon SPM 2009 di Dewan Kuliah SMKTP. kehadiran beliau telah di sambut oleh Tuan Pengetua En Aswan Bin Pardi. dalam pertemuan itu, GPK pentadbiran En. Mohd azli bin Jopri telah membentangkan Analisis Peperiksaan Percubaan SPM yang lalu dan di ikuti oleh Pembentangan ketua panitia matematik En. Md khaidir bin Saidi, Ketua panitia sejarah Cik Norazah bt Hassan dan Ketua panitia matematik tambahan Puan Norasliza bt hassan.
              Dalam ucapannya beliau telah mengingatkan para calon supaya dapat menfaatkan segala pengorbanan guru dalam membimbing calon untuk terus berjaya dalam SPM nanti. Beliau juga turut membantu untuk mendapatkan khidmat Guru Cemerlang matematik En. NorIshak bin Md Salleh bagi membimbing calon matematik pda 5 November 2009 nanti. Majlis turut diserikan dengan nyanyian motivasi9 para calon yang diketuai oleh Ustaz Muliade bin Umat.

Hari Guru & Majlis Anugerah Kecemerlangan 18 Mei 2009

PerhimpunanHari Guru


Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar
di rasmikan oleh Tuan haji Suratin Bin Haji Md Yassin
Pengarah Urusan Urus Intan Sdn Bhd & batu layar Beach Resort



 
 


Monday, November 2, 2009

PROGRAM ABANG & KAKAK ANGKAT PMIUTM 17-18 JULAI 2009

Menyambut kedatangan Abang/Kakak angkat PMIUTM 
oleh GPK 1 En. Mohd Azli Jopri


 Taklimat bagi menyambut kehadiran abang/Kakak ankgat oleh Ust. Muliade



gambar Beramai-ramai
 
 
 

Thursday, October 15, 2009

SELAKU SEKATERIAT KRS JOHOR MAJLIS TAULIAH PEGAWAI KRS/TKRS


GAMBAR ( 6 DARI KANAN) BERSAMA SEKATERIAT KRS JOHOR SEMASA MAJLIS PENTAULIAHAN PEGAWAI TERTINGGI DI SMK SERI PERLING JOHOR BAHRU
DIRASMIKAN OLEH KPPM DATO; DR AHAMAD BIN SIPON

BUAI LAJU -LAJU SAMPAI HUJUNG ATAP ........


JANGAN TINGGAL DAKU....sorry Cikgu Azah.  I pindah dulu....

Tengok tu cikgu Flora, cikgu Vikneswari dan cikgu Asma , semua kaki jejak tanah.
Tapi cikgu Azah masih dibuai,,,,
tu..lah kan diaorang jadi kenyataan dapat pindah dan menetap ditempat yang nak dituju..
" Buai laju-laju jangan tinggal daku...

Thursday, October 8, 2009

" ...SAYA PUN NAK PINDAH JUGAK....."


   kata orang ... yang patah akan tumbuh .... yang pergi akan di ganti.
tapi yang ni tidak.... Yang pergi dan yang pindah  akan diturutiiiii....


Teringat Dailog  Jutawan Kopi Power Root..TV3,,,
.kata Pak Cik...  "  sayaaaa pun nak jadi jutawan jugakkkk...."'

maka berkatalah Cikgu Zanariah... pada kawan-kawan....."' ... sayaaaa pun nak pindah jugakkkk..."


Cikgu Flora dah pindah 01.06.09 yang lalu .. (  isi borang pindah sama-sama....)
          Wah!.. gambar sama2 dengan Flora....Apa!... ingat kalau gambar sama2,   isi borang sama2 mohon pindah sama2... shooping sama2.... bercuti sama2... Dapat pindah sama2... 
Tunggu.....Dulu... kawan2.yang lain Zziton... Zubir.... liza..... Nurul..... kesian ...Dia.





ALBUM 2008

Pilih yang manaaa satuuu,,,Idaman Kalbu...

kelihatan dari kiri,  norasliza, Vikneswari. Flora , Sy.Ramilah,maslinda,asma dan Zanariah

ALBUM 'SELAMAT TINGGAL SMKTP"

FOTO 
ISTIMEWA BUAT RAKAN RAKAN 
DARI CIKGU NOOR HASMAWATY BT AWANG



Wednesday, October 7, 2009

GAMBAR RAKAN YANG BERPINDAH 2009

CIKGU CIK NOOR HASMAWATY BT AWANG
BERPINDAH KE SG. PETANI KEDAH PADA 01.01.2009

DAN 
CIKGU CIK VIKNESWARI A/P SUBRAMANIAM 
BERPINDAH KE K.LUMPUR PADA 01.01.2009

B

CIKGU PUAN UMAH A/P SUGOOMARAN
BERPINDAH KE SEREMBAN N9 PADA 01.02.2009
turut kelihatan guru praktikum 2008 
Sdr. Wan Nasrun dan sdr. Afif ( duduk dari kiri)


 

Wednesday, September 30, 2009

ALBUM MINI SUKAN TAHUN 03/03/2006


MINI SUKAN SMKTP TAHUN 2006 telah dirasmikan oleh Tuan pengetua En. Aswan bin Pardi.




Monday, September 28, 2009

ALBUM MESYUARAT AGUNG PIBG 2006/07 & KECEMERLANGAN PE;AJAR TAHUN 2005


YDP PIBG TOK PENGHULU SULAIMAN BERSAMA 
TN. PENGETUA EN. ASWAN BIN PARDI 
serta Setiausaha ( Tn. Hj. Laderlah)dan Bendahari ( Cik Norazah)


Sebahagia tetamu yang hadir

tengok tu.... cikgu Norazah  .. dia sajee....
di sebelah tu sape... saya belum sempat kenal


persembahan pelajar... tengok tu Hairi Rashid masih slim....
tapi sekarang .... tengoklah sendiri....
!



ALBUM PELANCARAN PROGRAM ANTI DADAH TAHUN 2006


 GAMBAR KENANGAN PROGRAM TAHUN 2006,
Tuan Pengetua En. Aswan bin Pardi bersama
Pegawai kaunselor Tn. Hj. Laderlah Bin Abd Ratib sedang
menandatangani Banner Anti Dadah di majlis pelancaran Program,

turut kelihatan pelajar lelaki dan perempuan di majlis tersebut.

 

ALBUM JAMUAN AKHIR TAHUN 2005


En. Aswan Bin Pardi wajah 50 th Pengetua SMKTP sedang berucap..di
Majlis Jamuan Akhir Tahun 2005 Di Sevana Marine Resort,
kelihatan digambar Cikgu Norazah sebelum 30th dan
En Sabaruddin sebelum 40.th.
pemandangan Sevana Resort

Tuesday, September 8, 2009

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SPM 2009



Calon SPM 2009 Sentiasa ceria dan bersedia.
Sir Hassan bin Ahmad Guru Inggerisdari SMK Tanjung Datuk Pengerang
sedangmemberikan ceramah Teknik
menjawab soalan Bahasa Inggeris SPM

PROGRAM
SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM 2009

TARIKH

14-16 JULAI 2009

TEMPAT
BATULARAY BEACH RESORT PENGERANG JOHOR

SASARAN
24 CALON SPM

SUBJEK
B.Melayu, B.Inggeris, Pend. Islam, Sejarah, Science dan Mathematics

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PMR 2009

Sir Hishamuddin bin Hashim dari SMK Bandar Penawar
sedang menyampaikan teknik menjawab Soalan Bahasa Inggeris PMR 2009.

Program :
Seminar Teknik Menjawab Soalan PMR 2009
Tarikh:
14-16 Julai 2009( Selasa - Khamis)
TEMPAT
Batu Layar Beach Resort OPengerang Johor
SASARAN
semua 34 Calon PMR
SUBJEK
B.Melayu, B.Inggeris,Science,Mathematics, Sejarah dan Pendidikan Islam




SEKOLAH KU


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PENGELIH,
81600 PENGERANG JOHOR.
TELAH MEMULAKAN PENGOPERASIANNNYA PADA 01 SEPTEMBER 2003

Thursday, September 3, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SETARA 2009

Seramai 34 calon SPM 2009 telah mengambil Peperiksaan Percubaan Setara SPM bermula 1 September 2009 bermula dengan mata pelajaran bahasa Melayu dan berakhir dengan mata pelajaran prinsip Akaun pada18 september 2009.
Semoga semua calon berjaya dengan cemerlang seperti yang disasarkan iaitu dengan kelulusan lulus SPM 97.06%.

TAKLIMAT PENGAWAS UPSR 2009

01 Sept. Satu majlis Taklimat pengawasan UPSR tahun 2009 telah diadakan di dewan Kuliah SMKTP.Seramai 98 orang Ketua Pengawas UPSR dari Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kota Tinggi telah menghadiri majlis tersebut bermula jam 9.00 pagi.
Majlis tersebut telah dikendalikan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan PPD Kota Tinggi yang diketuai oleh En. Che Aziz bin Abd Latif Pegawai Unit Peperiksaan dan Penilaian PPD Kota Tinggi dan En. Razali bin Mohamad Penyelia Unit Penilaian dan Peperiksaan PPD Kota Tinggi.
Taklimat itu turut dihadiri oleh En. Nordin Bin Wahid ( Penyelia SPP Jabatan Pelajaran Johor)
dan En. Mohd Fuad bin bin Yusof Pegawai Pra Sekolah PPD Kota Tinggi. Taklimat tersebut adalah untuk penyelarasan pengawasan Peperiksaan UPSR yang akan bermula minggu depan.

Monday, August 24, 2009

SEKOLAH SALURAN(FEEDER SCHOOL)

TAHUKAH ANDA!

1.SEKOLAH SALURAN KE SMKTP

SK PENGELIH
SK PENGERANG
SK SG.KAPAL
SK LEPAU

2. PENEMPATAN PELAJAR KE SMKTP
MENGIKUT LOKASI KEDIAMAN

1.PULAREK KDSI
2.KG.PENGERANG
3.KG. SEBONG
4.KG.JAWA
5.KG.LEPAU
7.KG. LANGKAH BAIK
8.KG. BATU EMAS

Friday, August 14, 2009

SIRI- SEJARAH SEKOLAH SMKTP

SMK Tanjung Pengelih terletak dalam daerah Kecil Pengerang, lebih kurang 94 km dari Bandar kota Tinggi, bersebelahan dengan Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut Diraja Malaysia (PULAREK) KD Sultan Ismail. Sekolagh ini telah dibina di atas sebuah rezab tanah kerajaan yang terletak dikawasan pinggir laut, yang asalnya adalah merupakan satu kawasan berpaya.

SMK Tanjung Pengelih adalah merupakan salah satu sekolah yang telah dibina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkonsepkan" Design and Build' melalui pihak Project Managment Consultant(PMC).

Berjiran dengan dua buah sekolah Kebangsaan iaitu SK Pengerang dan SK Tanjung Pengelih, sebuah sekolah Agama Pengerang. Perumahan Jabatan Laut, Balai Polis Pengerang, Klinik Kesihatan Pengerang, Pejabat Pos dan Bangunan JKR Cawangan KDSI.

Detik kelahiran sekolah ini bermula dengan termetrainya perjanjian yang telah ditandatangani pada 20 Mei 2000 di antara Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak Konsultan Projek, Umi-Ross Project Management Sdn Bhd dan pihak kontraktor, Stesen Kontraktor Sdn Bhd. Kerja-kerja awal pembinaan bermula pada pertengahan bulan Jun 2000 dengan kerja-kerja pembersihan dan meratakan tapak yang kemudiannya diikuti dengan pembinaan struktur bangunan yang memakan masa 2 tahun.

Walaupun pada peringkat awalnya keseluruhan projek pembinaan sekolah ini dijangka siap pada 28 Ogos 2001, disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, maka penyerahan bangunan sekolah masih tertangguh.Namun begitu, seperti mana yang diarahkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Johor, sekolah ini tetap memulakan operasinya secara rasmi pada 1 September 2003 dengan cara membuka cawangan di SMK Tanjung Datuk yang merupakan (feeder school) kepada sekolah ini pada peringkat awal.

Satu Majlis Perasmian Pengoperasian Sekolah ini telah dilakukan oleh Tuan Haji Mohd Basari Bin Abdul Manan, Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Johor selaku wakil Rasmi Pengarah Jabatan Pendidikan Johor pada 2 September 2003 di Dewan SMK Tanjung Pengelih.

Pada peringkat awal operasi sekolah ini, kumpulan pertama seramai 83 pelajar ( 39 pelajar tingkatan 1 dan 44 pelajar tingkatan 2) dan 4 orang guru, iaitu Cik Azilah bt Anuar, Cik Nurelisza nt Md Noh, Cik Norhasah bt Abu hassan dan Pn. Norhara bt Ahmad.Sebagai tanda ingatan kelas ini dinamakan Tingkatan 1 Perdana dan tingkatan 2 Perdana.

Tugas- tugas persiapan awal sekolah ini telah dikendalikan oleh seorang penyelaras iaitu En. Rosli bin Ibrahim( bermula 28 April 2003 dan seterusnya dilantik sebagai GPK Pentadbiran mulai 1 ogos 2003). Pengetua Pertama sekolah ini adalah Tn. Hj. Osman bin Ahmad ( Allahyarham) bermula pada 16 Jun 2003. Tuan Hj. Laderlah bin Abd Ratib bertugas sebagai kaunselor pelajar pada 27 Ogos 2003.

Pada 7 Januari 2004, pelajar tingkatan 1,2 3 dan guru-guru yang menumpang di SMK Tanjung Datuk telah berpindah masuk ke bangunan sekolah sekarang.Bilangan guru telah bertambah dari 7 kepada 10 orang. Tiga orang guru yang melaporkan diri adalah terdiri daripada Pn. Hjh. Syarifah Ramilah bt Syed Shekh( PK HEM), Pn. Norsham bt Md Shah ( PK KoKurikulum) dan Pn. Salmah bt Abd rahman ( Guru Pendidikan Islam).

Kumpulan pertama pelajar yang menduduki PMR bermula tahun 2004 dan kumpulan pertama pelajar yang menduduki SPM bermula pada tahun 2005.

Pada 24 Oktober 2004 SMKTP telah ditadbir oleh En. Aswan Bin Pardi dan di bantu oleh GPK Pentadbiran En Sairi Jasman ( 16 Mac 2007- 16 April 2007) dan En. Mohd Azli Bin Jopri ( bermula 25 Jun 2007) sementara itu GPK Ko Kurikulum adalah Pn.Hjh. Aslina bt Mohd khanafi ( bermula 16 Februari 2004). Mulai 1 Ogos 2008 sekolah ini telah mempunyai seorang GKMP Sains & Matemati iaitu Tn. Syed Abd Razib bin Syed Abd Majid dan pada 15 Jun 2009 seorang GKMP Sains Sosial telah melaporkan diri iaitu Ustaz Muliadi bin Umat@Bidin.

Sehingga kini seramai 40 orang guru telah berkhidmat di sekolah ini dan jumlah guru kini adalah seramai 21 orang.( 19 orang telah berpindah keluar termasuk Tuan Pengetua Pertama Allahyarham Tuan Haji Osman bin Ahmad yang meninggal dunia semasa berkhidmat sebagai Pegawai NazirPersekutuan Sabah). Sementara itu staf sokongan seramai 8 orang telah berkhidmat di sekolah ini dan seorang daripadanya telah berpindah ke Lumut Perak.

Sepanjang temph sekolah ini telah mencapai kejayaan di PeringkatNegeri Johor seperti pencapaian 100 % SPM pada tahun 2006 dan Anugerah Lonjakan Saujana GPS SPM Negeri Johor tahun 2008.

Thursday, August 13, 2009

TAHUKAH ANDA!

HARI DALAM SEJARAH.

TAHUKAH ANDA
BILA SEKOLAH INI DIBUKA?


MAJLIS PERASMIAN PENGOPERASIAN
SMK TANJUNG PENGELIH.81600 PENGERANG

PERASMI

USTAZ HAJI MOHD BASARI BIN ABD MANAN
KETUA SEKTOR
SEKTOR PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
WAKIL RASMI
PENGARAH PENDIDUIKAN JOHOR

TARIKH
02 SEPTEMBER 2003

TEMPAT
DEWAN BESAR
SMK TANJUNG PENGELIH

SUMBER: BUKU CATATAN RASMI PELAWAT


Wednesday, August 12, 2009

MESYUARAT./KURSUS/TAKLIMAT.

Sejak 25/06/07 hingga kini aku telah menghadiri pelbagai Kursus/Taklimat/ mesyuarat.
Antara yang telah ku hadiri:

1. 19 Julai 2007 - Mesyuarat GPK Pentadbiran Sekolah Daerah Kota t9inggi di SM Sains
Kota Tinggi, Bandar Penawar.

2. 26 julai 2007 - Taklimat Pengurusan Aset Alih Kerajaan di SM Teknik, Kota Tinggi.

3. 10 Sept. 2007 - Mesyuarat GPK Pentadbiran Sekolah Daerah di Bilik Mesyuarat Seri Delima
PPD Kota Tinggi

4. 20 Sept. 2007 - Mesyuarat di SMK Bandar Penawar Kota Tinggi

5. 25 Sept 2007 - mesyuarat

6. 03 Okt. 2007 - Mesyuarat Audit Akademik Peperiksaan Percubaan SPM Daerah Kota
Tinggi, di SMK Bandar Kota Tinggi.

7. 22-24 Okt 2007- Menghadiri Kursus Profesionalisme Guru Penolong Kanan Negeri Johor
di Kukup Golf Resort Pontian, johor.

8. 26 Okt. 2007 - Mesyuarat Seketeriat KRS Johor di Pusat Ko Kurikulum JPNJ Johor.

9. 1 Nov. 2007 - Mesyuarat mewakili pengetua di mestyuarat pengetua Daerah Kota Tinggi dan Mengambil guru baru Terlatih GSTT ( Siti Nurul Haizan, Norazliza dan Junaidah )di Dewan
warisan ke SMKTP.

10. 5 Nov. 2007 - Mesyuarat Data Emis di SMK Laksamana Kota Tinggi Johor.

11. 12 Nov. 2007 - Mesyuarat Pengurusan Pengetua daerah Kota Tinggi Golden Beach Desaru

12 13 - 18 Nov 2007 - Perkhemahan Perdana KRS Negeri Johor sebagai Jurulatih di Teluk Gorek Mersing Johor.

13. !2-18 Jan. 2008 - Kursus PTK DG44 di Hotel Seklesa Johor Bahru.

14. 29 Jan 2008.- Mesyuarat Pertandingan ROBOT Johor di SMK Bandar Putra Kulai

15. 4 feb. 2008 - Mesyuyarat Data Emis di PKG Bandar Kota Tinggi

16.11 Feb. 2008 - mesyuarat pengurusan Guru Penolong kanan Di Bilik Mesyuarat Seri Delima PPD Kota Tinggi

17. 20 - 22 Feb. 2008 - Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) Di M-Sueit Johor Bahru.

18 24- 28 feb. 2008 - Menghadiri Kolokium Pendidikan Kebangsaan di Seri Bayu Resort Port Dickson Negeri Sembilan.

19. 26 Mac 2008 - Mesyuarat Yayasan Pelajaran Johor(YPJ) di Dewan Warisan PPD K.Tinggi

20. 3 April 2008 - Menghadiri majlis persaraan Guru Besar SK B.Penawar di SK B Penawar

21. 10. April 2008 - Hakim Pertandingan Kawat Kaki KRS Sekolah menengah Daerah Kota Tinggi di SMK B.Penawar.

22. 15 April 2008 - Mesyuarat GPK Pentadbiran di SMK bandar Mas

23. 23 April 2008 - Mesyuarat Seketeriat KRS Johor di Pusat Ko Kurikulum JPNJ Johor Bahru

24. 24 april 2008 - Menghadiri Majlis Kecemerlangan SM Sains Kota Tinggi, B. Penawar.

25. 06 mei 2008 - Mesyuarat bersama Tn. Hj.Markom Giran Pelarasan bantuan pakaian seragam pasukan beruniform di SMK bandar Mas.

26. 14 mei 2008 - mesyuarat pengurusan GPK di bilik mesyuarat seri Delima PPD Kota Tinggi

27. 21 mei 2008 - menghadiri Majlis sambutan hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi di Dewan Felda Simpang Waha Kota Tinggi.

28. 22 Mei 2008 - Mesyuarat Penyelerasan Jawatankuasa Karnival Sains & Teknologi Peringkat daerah Kota Tinggi di SMK Air Tawar Kota Tinggi.

29. 25 Julai 2008 Mesyuarat Seketeriat KRS Johor di Pusat Ko Kurikulum JPNJ J.Bahru

30 30 julai 2008 - Mesyuarat seketeriat KRS Kota Tinggi Di Dewan warisan PPD Kota Tinggi

31. 4- 7 Ogos 2008 - Menghadiri Kursus Kenaikan Pangkat sarjan KRS Johor sebagai jurulatih di Pusat ko Kurikulum JPNJ J.bahru. (4/8/09 jam 10.30 pagi- menerima berita adik Yunaliza jopri meninggal dunia )

32. 26 ogos 2008 - Taklimat Sambutan Kemerdekaan sebagai Hakim perbarisan di Bilik mesyuarat Seri Delima PPD Kota Tinggi

33. 11. Sept. 2008- mesyuarat pengurusan GPK pentadbiran dibilik mesyuarat Seri Delima PPD
Kota Tinggi.

34. 13 Nov. 2008 - Mesyuarat Pengurusan GPK Pentadbiran Kota Tinggi di SMK Tun Habab Kota Tinggi.

35. 20 jan. 2009 - Taklimat KWSP Option Pencen - KWSP ndi SMK Tun Habab Kota Tinggi

36. 22 Jan 2009 - mesyuarat ABM Perjawatan 2009/2010 di Dewan warisan PPD Kota Tinggi

37. 5 Feb. 2009- mesyuarat penyelarasan Kurusu kawat kaki Jurulatih Pasukan beruniform daerah Kota Tinggi di SM sains Kota tinggi.

38. 12 feb. 2009 - mesyuarat pengurusan OPMEN sekolah Menengah daerah Kota Tinggi di SMK Seri Aman Felda Bukit Aping Barat Kota Tinggi.

39. 18 feb. 2008 - Kursus kawat kaki Jurulatih Pasukan beruniform SM Daerah Kota Tinggi di SM Sains Kota Tinggi.

40. 19. feb. 2009 - Taklimat ABM 2010/11 di Dewan Warisan PPD Kota Tinggi

41. 20 Feb. 2009 - Mesyuarat Seketeriat KRS Johor di Pusat ko Kurikulum JPNJ J.Bahru.

42. 24- 27 Feb. 2009 - Taklimat Pelabelan Guru PPD Kota Tinggi bersama bahagian Sumber Manusia KPM di Hotel Admeiral melaka.

43. 2-5 Mac 2009- Perkhemahan Perdana KRS SM Negeri Johor di Pusat Ko Kurikulum JPNJ
sebagai jurulatih.

44. 26 Mac 2009- Mesyuarat Permohonan baru DG44 di SMK Tun Habab Kota Tinggi.

45. 13 April 2009. mesyuarat Pertandingan Kawat Kaki Daerah Kota Tinggidi SMK Bandar Penawar Kota Tinggi.

46. 15 April 2009 - Hakim pertandingan Kawat kaki KRS Daerah Kota Tinggi di SMK Bandar Penawar Kota Tinggi.

47.20 April 2009 - taklimat E-Filing LHDN di pejabat KEJORA.

48. 05 Mai 2009 - Kursus ASET ALIH Kerajaan di SMK Tg. Pengelih Pengerang.

49. 16 Jun 2009- mesyuarat seketeriat KRS Kota Tinggi di SMK Tg. pengelih Pengerang.

50. 24 Jun 2009 - Mesyuarat Seketeriat KRS Johor di Pusat Ko Kurikulum JPNJJ. bahru.

51. 26- 28 jun 2009- Kursus Pegawai Sarjan KRS Kota Tinggi di SK Johor Kampung Kota Tinggi sebagai Jurulatih.

52. 5- 8 Julai 2009 - Kursus kenaikan pangkat Pegawai waran KRS Johor sebagai Juruylatih i Pusat ko kurikulum JPNJ J. Bahru.

53. 15 Julai 2009- Mesyuarat Audit Perjawatan bersama JPNJ di Dewan warisan PPD Kota Tinggi.

54. bersambung



Tuesday, August 11, 2009

SIRI TERKE...NANG... SE...MA...SA.. DUU...LU....U..

BAB 1

TERINGAT CERITA MASA DAFTAR LAPOR DIRI DI SMKTP


Pagi itu 25 Jun 2007 aku tidak pergi bertugas di SMK Linggiu. sebaliknya aku
terus bersiap untuk bertugas sebagai Jawatankuasa Pameran Karnival Sains dan
Teknologi di SMK Tanjung Datuk Pengerang. maklumlah...Perjalananku setiap
hari sejauh 172 km pergi dan balik bermula jam 6:15 pagi dan tiba rumah 3.50 petang
dan sepanjang tempoh itu aku pernah tertidur dalam kereta di Petronas jalan Mawai
apabila ada program kat JB dan balik dah terlewat. Pernah tidur kat sekolah satu malam semasa program maulidurasul itu je selebihnya aku gagahkan akan tidur kat rumah.
dalam tempoh aku kat SMK Linggiu perjalananku lebih 17600 km
( 176 km X 100 hari) lebih jauh aku kat SMKBP selama 10 tahun untuk
ulangalik dari rumah ke sekolah.

Aku dah diberitahu akan ditukar sekali lagi sebagai GPK Pentadbiran di sebuah
sekolah yang berada di hujung Tanjung. orang kata tak da surat jangan percaya.
tapi aku bertugas macam biasa je di karnival itu. pastu aku
diberitahu surat pertukaran dah ada kat SMKTP dan mula daftar 16/6/07 katanya.
Selepas bertugas aku ke SMKTP untuk pastikan cerita itu. aku pergi dengan
Cikgu Hairulfaizi Hassan rakan dari SMK Linggiu.

Tiba je di SMK TP aku bertanyakan tentang surat itu..kebetulan Tuan Pengetua ada.
Tuan pengetua ni.. aku dah kenal semasa sama-sama mengajar di SMK Bandar Easter
sekitar 1990/1991 dulu . Biasa main badminton sama-sama dan minat bersukan.
" oklah dapat pengetua sepertinya... ngam.. boleh bekerja sama-sama
untuk majukan sekolah ni.." bisik hati kecilku . Pernah ada pengalaman dapat
pengetua yang tak umpamakan kita. Aku dibawa masuk di pejabatnya...
aku beritahu katanya aku ditukarkan disini....bos jawap.. ' memang dah ada
suratnya.. sekolah dah terima,... awak daftar ajelah terus kat sini harini..."
' daftar boleh tapi saya mulakan tugas minggu depan pada 3.07.07 nanti.. boleh..
" jawabku. Takpa yang penting awak bertugas di sini..." kata bos lagi.
aku borak-borak pasal cerita lama semasa
kat Easter.. kawan-kawan lama dan lain-lain lagi. Lepas itu
aku menandaangani buku kehadiran guru. Ini menandakan
aku dah daftar kat SMKTP pada 25 JUN 2007 ini.
sambil-sambil itu aku tengok tengok sekolah baru aku ni. Aku diperkenalkan
pekerja pejabat dan lainnya.

Rupa-rupanya pada hari itu aku dah mendaftar sebagai warga Staf SMKTP
yang baru. macam tak percayalah pulak...Tapi...
" bagus jugak sebab perjalananku dapat dikurangkan separuh sekitar
86 km pergi balik ke Bandar Penawar,.. lagipun sekolahnya besar... pelajarnya sikit..
... lagi sikit dari kat SMK Linggiu.

Aku dah terasa nak beralih sekolah..
cepat-cepat aku bereskan kerja-kerja di SMK Linggiu.
Aku jamu cikgu-cikgu SMK Linggiu makan dan aku pindah ke SMK TP..
bab tukar-tukar sekolah ni.. aku tak kisah tukarkanlah kat manapun...
Sebelum itu pun
aku pernah ditukarkan dari SMK Semenchu ke SMK Bandar Penawar
Perpindahan itu kononnya nak diberi jawatan GPK HEM oleh bekas Pengetua
SMK Semenchu(1992/94 dan beliau adalah bekas guruku
di SMK Tun Habab 1979/80 dulu).

Aku bertugas sebagai GPK HEM selama 1 Dekat ( 16.02.97- 16.02.07)
setelah dipindahkan dari SMK B.Penawar iaitu selepas peristiwa
PIBG SMKBP Letak jawatan beramai-ramai pasal tak bersetuju dengan pengetua.........

BERSAMBUNG.

Surat untuk Ibubapa calon PMR 2009